Pejam celik pejam celik .. Akhir nya sampai sudaa ke penghujung tahun , malah dah masuk tahun baru (Kalendar Islam) pun , 1435 H . Tahun baru .. azam baru kan ? Bagi ak , azam ak tetap yg sama .. masih tak tercapai ... masih mencuba .. semoga berjaya .. inshaAllah Allah sentiasa tunjukkan jalanNya ..
Ak mungkin cemburu melihat gadis cantik ,
Ak mungkin cemburu melihat gadis bersama pasangannya ,
Ak mungkin cemburu melihat gadis menjadi rebutan @ tarikan ,
Sungguh , cemburu !
Namun ak lebih cemburu melihat muslimah sejati
Lebih cemburu melihat cinta yang terbina selepas lafaz akad ,
Lebih cemburu melihat muslimah yang berjaya menundukkan pandangan ,
Menjaga hati .. menjaga ikhtilat ..
memelihara maruah diri ..
Lebih cemburu melihat muslimah yang mnjaga tutur kata dan tingkah laku ..
Bahkan ak sangat cemburu !
Melihat muslimah ..
Yang bibirnya sentiasa terlafaz zikrullah .. matanya sentiasa terjaga ..
hatinya hanya mengingatiNya .. masa lapangnya terisi dengan usrah dan ilmu
Diriny sentiasa berusaha memperbaiki diri .. mensolehahkan diri ..
Sungguh ak cemburu ...
Ak bersyukur ..
Saat ak tergelincir .. saat ak salah .. saat ak silap langkah ..
Allah sentiasa ada .. Dia sentiasa menyedarkan ku ..
Dia tidak perna jemu memberi hidayahNya ..
Dia setia mendengar rayuan dan doaku ..
Dia sentiasa menunggu ak untuk mengadu padaNya
Bahkan hidayahNya hadir dalam pelbagai cara ..
Hatiku disentuhNya ... Allah ..
Namun , Ak manusia biasa ..
Sering langkah ku tersasar ..
Lemahnya ak ..
Namun seiring itu lha hidayahNya sentiasa hadir ..
Ak bersyukur ya Allah ..
Kerna ak gadis biasa ,
Ak mendamba hijrah dalam diriku ,
Ak mendamba kan penghijrahan seperti muslimah itu ..
SeruanNya telah lama .. HidayahNya sentiasa ada ..
Maka .. ak lha yg perlu bertindak .. untuk melakukan penghijrahan ini ..
Bismillah ...
Mudah - mudahan ak istiqamah ..
Amiin .
Note : Hijrah Itu Tak Mudah .. Perlukan Kesedaran , Usaha dan Pengorbanan ! :)
.
0 comments:
Post a Comment